Pages - Menu

Sunday, September 19, 2021

AKTIVITI CUTI SEKOLAH ~ Video wuduk

 Assalamualaikum...

Haha.. Tenggelam timbul Sheila punya blog ni. Kejap rajin. Kejap ke laut.

First post untuk tahun 2021. 

Sheila suka sebenarnya nak menulis kat blog ni. Macam-macam benda nak share. Walaupun untuk setahun dua ni memang memerap je kat rumah. Tapi alhamdulillah, otak ni masih lagi berfungsi ligat. Macam-macam nak fikir. Macam-macam idea nak buat. Kesudahannya tak buat pun.. Hahaha...

Selangor sekarang dah ke PPN Fasa 2. Sheila ni tak follow sangat pun perkembangan kes-kes covid ni. Tahu info-info sikit dari sharing kat facebook. Kadang-kadang je kerajinan check kat fb KKM, kat mySejahtera. Lebih-lebih info banyak suami yang cerita. Dia memang suka membaca. Menambah ilmukan..

OK.. Setakat ni dulu. Tengah buat kerja sebenarnya. Ambil mood nak siapkan drawing. Semalam seharian mengedit video anak untuk aktiviti cuti sekolah. Orang tak pakarkan. Memang makan masa la nak siap. Buat setakat yang reti je la nak. Emak ko ni bukan expert pun. Kalau expert dah jadi youtuber.. Kiki...

Jemputlah tengok video yang Sheila buat. Ada 2 video. 1 wuduk, 1 lagi solat. Baru upload yang wuduk. Solat sat-sat lagi free Sheila upload. Semoga kerajinan menyelebungi Sheila.. Aaminn...



Thursday, October 1, 2020

Covid 19 - Kes baharu meningkat semula !!

 Assalamualaikum semua

Sihat? Sheila tak berapa sihat sangat. Selsema batuk...

Tapi insyaAllah minta dijauhkan dari virus Covid. Bukan apa, sekarang kes dah semakin naik semula. Semalam saja ada 260 kes baru. Kebanyakannya dari mereka-mereka yang baru balik dari Sabah.. Ish Ish Ish.. Diorang ni tak ada kesedaran ke? Dah ler KKM bagi kelonggaran kuarantin hanya sehingga result swap keluar, lepas tu mereka bebas bergerak ke sini ke sana. No more quarantine for 14 days !!! Geram pulak rasa... Dan sekarang bila kes naik semula, sibuk up status - U want next PKP???


Ish.. ter type dalam keadaan geram pulak.. 

Plan tadi nak story benda lain.. Kesudahnya terjebak cerita Covid ni pulak...

Geram!!!

Geram pada golongan-golongan yang pentingkan diri sendiri dan tamak kuasa.. Dalam keadaan pandemic PKPP, masih lagi memikirkan ketamakan diri sendiri.. yang akhirnya memberi kesan buruk pada golongan lain yang susah, marhaen...

Kesan PKP sebelum ni pun masih terasa sakit. Baru rasa senang sikit nak bernafas, timbul pulak isu-isu dari golongan tamak kuasa..

Seronok ye mereka...

Tapi orang lain....

Ada yang dibuang kerja

Gaji kena potong

Syarikat2 yang masih belum terima bayaran

Kesian kan mereka2 ni... 

Kesan tu bukan sorang, tapi anak isteri pun terkesan...

Bila tak ada duit, apa akan jadi?

Marah Geram (macam yang Sheila rasa sekarang)

Panas hati baran

Jenayah-jenayah meningkat... Yela, masing-masing tertekan..


uhhhh.... Rasa sakit hati nak teruskan menaip ni.. 

Nanti mood ok Sheila story la benda yang Sheila nak story sepatutnya...

Dah pesan kat mertua.. Jangan keluar sangat..dah ada kluster Meru 

Hati-hati ye semua

Kita jaga kita

Monday, July 13, 2020

Kambing Perap Mamasab VIRALLLLL

Assalamualaikum semua...
Sheila kembaliiiiii... bersama Mamasab....





Walaupun ingat kek ingat Mamasab, tapi Mamasab Bakery turut memiliki satu produk viral dalam kategori makanan biasa, iaitu kambing perap berapi. Mamasab menggunakan daging kambing yang diimport khas dari New Zealand untuk memastikan kualiti daging yang bermutu tinggi, lembut dan tidak berbau. Segala lapisan lemak kambing akan turut dibuang dan diasingkan, sebelum ianya diperap selama 48 jam di dalam 24 rempah rahsia mengikut resepi tradisional daripada keluarga pengasas Mamasab. Ini memastikan rasa sos meresap masuk dan sebati 100 peratus ke dalam daging kambing tadi.

Kambing perap ini sedia dimasak sepantas 10-15 minit sahaja, dan amat enak dimakan semasa panas. Ia memiliki rasa pedas, manis, masam dan masin yang cukup seimbang dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga...

1kg - RM55
10kg - RM550
Kami juga terima BULK order juga...


Kami boleh hantar sampai ke tangan korang...


Nota: Mamasab juga menjual sos perap secara berasingan, bagi mereka yang tidak makan kambing dan ingin menggunakan sos yang sama untuk memerap daging ayam, lembu atau seafood.


Thursday, May 28, 2020

Ingat KEK Ingat MAMASAB

Assalamualaikum...

Bersiaran lagi.. Alhamdulillah hari ni nampak sinar kat BelogSheila.. kiki.. tu yang terrajin nak post ni..

OK.. straight to the point la ye...

Nampak itu title post...

Ha.. ni nak habaq... Sheila sekarang dah jadi agent Mamasab.. #mamasablover gitu... Start dari suka makan je, sekarang Sheila menjual pulak.. Yang pasti makanan yang Sheila jual confirm sedap... Dah kita makan sedap, mesti nak share dengan korang...

Sheila up sikit gambar produk-produk yang ada di Mamasab...

Brownies legend Mamasab

Combo Abang Sado Mamasab

Combo Dasyat Mamasab

DFCC cheese Mamasab

Kambing perap Mamasab

Patin Tempoyak Mamasab


Meleleh air liur kan tengok.. Korang kena cuba ni.. Confirm puas hati.. Confirm repeat!!!

Jom lah order.. Sheila orderkan.. Boleh deliver sampai depan rumah.. Seluruh Semenanjung Sheila cover ye..

Call je Sheila 0137704101

Wasap.my/60137704101/nak+order+mamasab

Jangan risau ye.. Sheila ni agent Mamasab yang sah taw.. MW015401..

#mamasablover

Monday, April 13, 2020

Malaysia PKP kerana Covid19

Assalamualaikum...

Bersiaran lagi... banyak yang Sheila nak share sebenarnya.. cuma kadang ketermalasan timbul, tu yang ketersangkutan nak bebel kat sini...

Sekarang ni 1 Malaysia sedang PKP - Perintah Kawalan Pergerakan.. Dah Fasa ke 3.. Baru Sheila nak update kat sini.. Semua ni berpunca dari Virus Corona @ Covid19... Jahat sangat virus ni.. bukan 1 Malaysia yang terkena.. Tapi 1 dunia.. Kes meningkat setiap hari... Jumlah kematian pun meningkat (sedihnya)

Nak tahu status terkini Covid19, korang boleh tengok di page Kementerian Kesihatan Malaysia KKM... atau pun follow telegram Majlis Keselamatan Negara MKN - https://t.me/MKNRasmi dan KKM - https://t.me/sihatmilikbersama...

Huhhh... selama hidup 34 tahun, ni lah kali pertama merasa PKP.. lebih kurang macam isytihar Darurat.. Semua orang tak boleh keluar sesuka hati.. Hanya boleh keluar beli barang keperluan, tu pun hanya seorang... Janganlah degil ye kawan-kawan... Stay at home!!!

Virus penyakit ni bukan kita boleh nampak macam batu... Batu kalau nak kena muka kita nampak, boleh nak elak.. Virus ni micro... Kecik sangat nak tengok dengan mata manusia... Jadi seeloknya kita ikut je arahan kerajaan..

STAY AT HOME!!! STAY AT HOME!!! STAY AT HOME!!!

Jangan degil tau..

Sheila share info terkini setakat malam tadi 13/4/2020...



Walaupun jumlah semakin meningkat, tapi alhamdulillah di Malaysia masih dalam kawalan,,,

Kita semua kena kuat.. Kena hapuskan Covid19 ni dari bumi Malaysia.. Kalau boleh 1 dunia bebas dari Covid19.. Baru kita boleh kembali hidup yang dulu...

Ok la.. Setakat ni dulu... Sheila ni nak share resepi sebenarnya... Dah PKP ni duduk rumah je kan, memang masak jela manjang... Pagi, tengah hari, petang, malam... Kadang tengah malam pun ada.. Haha.. ni tambahan berat badan ni kiki...

Nanti kerajinan, Sheila membebel lagi ye...

Bye...
Assalamualaikum...

Tuesday, February 25, 2020

Shopping Shopping dapat DUIT

Assalamualaikum...

Kejap rajin kejap tak.. hehe.. biasalah kadang ikut mood jugak.. selalu scroll FB.. blog ni kadang-kadang je Sheila layan...

Hari ni Sheila tergerak hati nak share lagi kat korang.. sebelum ni pernah share.. korang boleh baca kat sini.. Sheila nak share pasal apa?

Ha...

SHOPBACK

Ni memang best untuk korang yang kaki shopping online.. Macam Lazada, Zalora, Qoo10, Shopee, Agoda dan banyak lagi.. Ni Sheila tak tipu ok.. Sheila sendiri dah merasa..

Tadaaa.....


Nampak tak?


Setakat ni Shopback Sheila yang terkumpul RM2703.19... huhu...memang kaki shoppping online Sheila ni.. beli deep freezer, pampers, susu anak, baju, hahaha... macam-macam lah beli...

Jumlah cashback yang Sheila dah dapat RM 2,625.10

Ada RM18.03 dah ready untuk cashkan.. tapi Sheila belum nak withdraw lagi.. tunggu cukup RM50 kot baru withdraw.. minimum cashback yang boleh withdraw RM10.. 

So apa lagi, jom register acc Shopback.. yang tak paham dan nak taw detail lagi, boleh comment kat bawah ye..

Masa register tu jangan lupa masukkan email Sheila (sheilamutalib@yahoo.com) dalam bahagian referer. Nanti korang boleh dapat bonus RM5. Kalau tak ada referer, korang takkan dapat bonus tu. Rugi taw.. dapat RM5 free macam tu je..

So, apalagi. Moh le register Shopback cepat. Cepat register, cepatlah korang dapat merasa komisyen..

ok la..Tata.. Bye... Assalamualaikum...

Wednesday, September 18, 2019

Jual Beli Hartanah by SheilaProp

Assalamualaikum...

Kerajinan macam makin terserlah...

Tak caya???

Meh korang cuci mata kat JualBeliHartanahbySheilaProp...



Kan Sheila sekarang tengah bergiat aktif dalam bidang yang baru Sheila ceburi...

Alhamdulillah.. Sheila suka dengan bidang ni.. masih baru dan banyak benda baru yang Sheila belajar.. Sebelum ni Sheila pernah beli rumah untuk diri sendiri.. Masa tu belum banyak ilmu lagi pasal property. Google serba sedikit proses beli rumah dan beranikan diri untuk beli rumah.

Ni Sheila nak beritahu ni...

Lepas dah jadi seorang Real Estate Negotiator / Perunding Hartanah ni, Sheila rasa lah..  ni pendapat Sheila la ye..

Bila korang ada plan nak beli rumah, korang mesti ada ilmu.. boleh google, beli buku hartanah, pergi expo2 perumahan.. kena buat research serba sikit.. opsss.... sebelum tu nak tahu jugak, beli untuk duduk atau disewakan. ini point penting sebab dari situ, korang boleh cari property yang sesuai dengan keperluan korang...

Dan korang boleh minta pendapat pada orang yang macam Sheila ni, Real Estate Negotiator / Perunding Hartanah.. Kitorang boleh suggest property yang sesuai untuk keperluan korang. Insya Allah kitorang cuba bantu...

Ok lah.. Sheila nak sambung masukkan listing kat Jual Beli Hartanah by SheilaProp...

Kalau korang ada nak cari property boleh tengok kat situ ye... kalau nak tanya detail lagi, boleh comment kat sini atau whatsapp kat no Sheila ye..

Yang belum follow tu, jemput LIKE Jual Beli Hartanah...

Assalamualaikum...